Para Pelanggan yang kami hargai, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana memilih Zsafif Logistics untuk menguruskan penghantaran kenderaan anda ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Bermula May 2024 Pihak Kapal akan menaikkan Harga RM350 untuk satu unit kenderaan Kelas PC dan LC dan RM500 untuk kenderaan jentera berat. ini di sebabkan dari bulan Januari 2024 telah berlaku kesesakan marin trafik di Port Sepanggar Sabah yang menyebabkan kapal Roro terpaksa anchor di perairan Kota Kinabalu sementara menunggu giliran yang mengambil masa 6-9 hari dan menyebabkan jadual kapal terpaksa berubah dan kos kapal meningkat.
Kenaikan harga tambang bermula Januari 2025 perjalanan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak sebanyak RM300 setiap unit. Manakala dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung tiada kenaikan.